Renew Dulu, Bayar Kemudian!
Kami faham—memperbaharui takaful motosikal dan cukai jalan boleh jadi beban kewangan anda, terutamanya apabila pelbagai tanggungjawab kewangan yang perlu diselesaikan. Dengan GoInsuran, kami sediakan Go Ansuran Mudah- Pelan Ansuran Takaful Motosikal yang direka khusus untuk meringankan beban kewangan anda. Dengan Go Ansuran Mudah, anda boleh melindungi kenderaan anda sambil membayar kos dalam tempoh sehingga 12 bulan. Tidak perlu risau tentang bayaran sekali gus—hanya pembayaran mudah yang sesuai dengan bajet anda.
MANFAAT
KEY BENEFITS
Mematuhi Syariah
Kelulusan secepat 15 minit*
Bayaran ansuran hingga 12 bulan
Pembiayaan sehingga RM5,000
Nota:
– Pelan ansuran ini hanya tersedia untuk pembaharuan insurans dengan Takaful sahaja.
– *Waktu bekerja, selepas dokumen lengkap diterima
PERLINDUNGAN
Betapa mudahnya untuk renew insurans, mohon pelan Go Ansuran Mudah hari ini dan pandu dengan yakin—kerana insurans kereta anda patut aktif sebelum tamat tempoh!
Jumlah Ansuran Bulanan | Jumlah Premiums Insurans (RM) | ||||||||||
500 | 1,000 | 1,500 | 2,000 | 2,500 | 3,000 | 3,500 | 4,000 | 4,500 | 5,000 | ||
Tempoh (Bulan) | 3 | 171.60 | 343.30 | 515.00 | 686.60 | 858.30 | 1,030.00 | 1,201.60 | 1,373.30 | 1,545.00 | 1,716.60 |
6 | 89.50 | 179.10 | 268.70 | 358.30 | 447.90 | 537.50 | 627.00 | 716.60 | 806.20 | 895.80 | |
9 | – | 124.40 | 186.60 | 248.80 | 311.10 | 373.30 | 435.50 | 497.70 | 560.00 | 622.20 | |
12 | – | – | – | – | – | 291.20 | 339.70 | 388.30 | 436.80 | 485.40 |
Ansuran bulanan selama 12 kali hanya tersedia untuk premium RM3,000 ke atas.
Bayaran pertama termasuk fi Wakalah sebanyak RM30, yang perlu dibayar semasa proses pembayaran online.
Nota:
Jumlah ansuran bulanan merujuk pada data di atas:
- Dikira berdasarkan kadar keuntungan maksimum sebanyak 1.5% sebulan dan
- Tidak termasuk yuran wakalah (RM30), yang perlu dibayar bersama jumlah ansuran pertama semasa proses pembayaran dalam talian.
CARA MEMOHON
Permohonan Go Ansuran Mudah adalah sangat senang dan cepat! Ikuti langkah-langkah berikut untuk dapatkan Pelan Ansuran kami yang fleksibel. Mohon sekarang dan bayar kemudian!
Permohonan – Isi maklumat anda
Muat naik dokumen yang diperlukan.
Checkout – Setuju dan Bayar!
Soalan-soalan Lazim
Tentang Direct Lending
Direct Lending diadakan pada 2016 sebagai satu platform pembiayaan digital yang membolehkan peminjam mencari, memohon, dan menerima pembiayaan yang sesuai dengan mereka dengan cara yang selamat dan berpatutan. Ia memperoleh lesen komuniti kredit (pinjaman wang) daripada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 2021.
Pada Mac 2022, ia melancarkan satu pelan ansuran servis kereta yang berpatuh Syariah untuk pemilik kereta membayar bil servis atau pembaikan kereta.
Go Ansuran Mudah
Go Ansuran Mudah adalah satu pelan ansuran patuh Syariah yang membolehkan pelanggan GoInsuran membeli takaful motor (termasuk cukai jalan) secara ansuran sehingga 12 bulan, ditawarkan oleh Direct Lending.
Ia berdasarkan konsep Komoditi Murabahah melalui Tawarruq, yang terdiri daripada dua kontrak jual beli yang berasingan:
- Penjualan komoditi patuh Syariah melalui Direct Lending kepada anda secara tertunda (iaitu ansuran), di mana harga jualan komoditi itu adalah terdiri daripada kos pemerolehan dan keuntungan yang setuju (Murabahah); dan
- Penjualan komoditi yang sama oleh GoInsuran (sebagai penjual) kepada pelanggan pihak ketiga secara tunai (untuk mendapatkan dana untuk membeli takaful motor dari GoInsuran).
Manfaat:
- Amaun Pembiayaan: RM300 – RM5,000
- Tempoh Ansuran: 3/6/9/12 bulan
- Kadar Keuntungan: sehingga 1.5% sebulan*
*Bergantung pada profil kredit pelanggan
Fi Wakalah RM30 akan dicaj (sekali sahaja) dan ditambah ke dalam pembayaran ansuran pertama anda, yang perlu dibayar semasa proses “checkout” dalam talian.
Pelan ansuran ini adalah produk patuh Syariah, oleh itu, pelan ansuran ini hanya dibenarkan untuk membeli polisi takaful motor (termasuk cukai jalan).
Pelan ansuran ini tidak memerlukan sebarang penjamin atau cagaran.
Aplikasi dan Penggunaan
Pinjaman ini tersedia untuk semua rakyat Malaysia berumur 18 hingga 65 tahun dengan kenderaan berdaftar persendirian. Akaun perbankan dalam talian diperlukan, tetapi kad kredit tidak wajib. Pinjaman ini terbuka kepada semua orang, bukan hanya pemegang polisi.
Kami hanya memerlukan dua dokumen berikut:
- Salinan KP (Depan & Belakang); dan
- Penyata bank 3 bulan terkini (akaun utama/aktif) – Ketahui cara memuat turun penyata bank di sini.
Permohonan boleh di buat 100% dalam masa kurang daripada 5 minit. Isikan butiran peribadi anda dan muat naik dokumen yang diperlukan. Klik di sini untuk memohon.
Ia mengambil masa beberapa saat untuk mengetahui keputusan pra-kelayakan anda berdasarkan profil kredit anda, dan anda akan dimaklumkan (melalui WhatsApp) oleh Direct Lending tentang keputusan akhir secepat 15 minit (semasa waktu bekerja) selepas menyerahkan dokumentasi yang lengkap.
Jika pinjaman yang diluluskan adalah kurang daripada jumlah premium yang perlu dibayar, pelanggan perlu bayar baki jumlah menggunakan kaedah pembayaran yang disediakan oleh GoInsuran.
Sebagai pembiaya yang bertanggungjawab, ini adalah penting untuk kami mempertimbangkan kesejahteraan kewangan pelanggan kami kerana kami tidak mahu aplikasi ini menambah beban kewangan tambahan kepada pelanggan, yang bertentangan dengan komitmen kami terhadap kesihatan kewangan secara menyeluruh. Setiap permohonan akan diberikan semakan yang teliti, dan alasan penolakan yang biasa termasuk skor kredit yang lebih rendah, komitmen yang lebih tinggi, atau corak pembayaran pinjaman/pembiayaan sedia ada.
Anda masih boleh renew takaful motor anda melalui kaedah pembayaran lain yang tersedia seperti BNPL melalui Atome / Mobypay, GrabPay, dan EPP (Kredit / Debit) untuk Hong Leong Bank dan Public Bank Berhad.
Sila hubungi GoInsuran di emel connect@goinsuran.com atau hubungi 1-800-88-8185 untuk bantuan lanjut.
Sekiranya anda bersetuju untuk meneruskan pelan ansuran ini, sila maklumkan kepada GoInsuran. Pautan akan dihantar ke WhatsApp anda untuk melengkapkan proses “checkout” dalam talian.
Untuk menggunakan pelan ansuran yang diluluskan untuk membayar takaful motor, anda perlu mengikut langkah-langkah pada skrin dengan melengkapkan:
(1) mengesahkan jumlah pinjaman;
(2) buat pembayaran ansuran pertama & sediakan auto-debit; dan
(3) tandatangan perjanjian fasiliti melalui OTP.
Tidak perlu. Perjanjian fasiliti akan ditandatangani secara elektronik, yang boleh dilakukan melalui telefon bimbit atau komputer anda.
Polisi takaful motor anda akan dikeluarkan dan dihantar melalui e-mel kepada anda oleh GoInsuran dalam masa 30 minit, dengan syarat tiada kelulusan tambahan diperlukan selepas menyelesaikan proses “checkout” dalam talian.
Tiada tindakan dari pihak anda.
Direct Lending akan mengeluarkan pembiayaan anda terus kepada GoInsuran dalam tempoh 1-2 hari bekerja selepas menandatangani perjanjian fasiliti dan proses perdagangan komoditi selesai (oleh Direct Lending).
Bayaran Balik / Penyelesaian Awal
Ansuran bulanan anda akan dibayar kepada Direct Lending melalui auto-debit, iaitu potongan automatik daripada akaun bank anda mengikut jadual pembayaran balik.
Sekiranya potongan automatik gagal, Direct Lending akan menghantar peringatan kepada anda untuk pembayaran melalui “online transfer.”
Anda akan dikenakan caj lewat bayar sebanyak 8% setahun yang terdiri daripada Ta’widh (pampasan) 1% setahun dan Gharamah (penalti) 7% setahun pada ansuran tertunggak. Caj Gharamah (penalti) ini akan disalurkan kepada badan kebajikan.
Caj lewat bayar ini tidak akan di kompaun.
Anda boleh membuat penyelesaian awal sebelum tamat tempoh ansuran, dengan memberikan notis bertulis 1 minggu terlebih dahulu kepada Direct Lending. Rebat (Ibra’) boleh diberikan kepada anda berdasarkan baki keuntungan tertunda.
Tindakan undang-undang akan diambil terhadap anda jika anda gagal bertindak di atas notis peringatan dan/atau tuntutan. Direct Lending berhak untuk mengambil tindakan pemulihan hutang dan muflis terhadap anda, termasuk melibatkan agensi kutipan hutang pihak ketiga dan melaporkan nama anda kepada agensi penarafan kredit seperti CTOS dan Experian.
Tindakan undang-undang terhadap anda boleh mempengaruhi penilaian kredit anda, sehingga penilaian kredit masa depan menjadi lebih sukar atau mahal bagi anda, dan anda mungkin perlu menanggung kos tambahan yang timbul dari tindakan undang-undang.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin menukar butiran surat-menyurat anda, atau menghadapi sebarang kesukaran untuk membuat pembayaran atau ingin membuat pembayaran awal, sila hubungi kami di:
Direct Lending Sdn. Bhd.
Alamat: Unit 22-3A, Oval Tower Damansara, 685, Jalan Damansara, 60000 Kuala Lumpur.
Tel: 03 9212 4200
Pertanyaan Umum
WhatsApp: +6010 382 5261
E-mel: support@directlending.com.my
Pertanyaan Tentang Pembayaran / Penyelesaian Awal
WhatsApp: +6010 382 5261
E-mel: collection@directlending.com.my