#StayProtected dengan Insurans Kemalangan Peribadi GoInsuran
GoInsuran menawarkan insurans perlindungan kemalangan peribadi untuk melindungi sekiranya berlaku kecederaan, kecacatan atau kematian yang disebabkan oleh kejadian tidak disengajakan dan sebagainya. Bayangkan tiba-tiba korang mengalami kemalangan yang tak dijangka – mungkin terpijak paku, atau tergelincir di rumah atau pejabat. Malang memang tidak berbau, kan? Jadi, bila kemalangan macam ini berlaku, insurans kemalangan peribadi dari GoInsuran menjadi jaringan keselamatan untuk anda dan keluarga.
Dengan insurans ini, bolehlah korang enjoy hidup dengan lebih tenang. Tak perlu risau apabila nak explore aktiviti baru atau bimbang tentang bil hospital kalau terkena jangkitan COVID-19!
Jadi, kalau korang pernah tertanya-tanya, “Perlu ke beli insurans kemalangan peribadi?” Jawapannya “YA!” 💯
Kita semua tahu yang situasi luar jangkaan boleh mengubah kehidupan dan memberi kesan kepada kewangan. Perlindungan insurans kemalangan peribadi ini sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan beban kewangan anda dan keluarga.
Kenapa Insurans Kemalangan Peribadi GoInsuran.com Pilihan Terbaik?
Apa yang best, insurans kemalangan peribadi GoInsuran adalah produk yang memberikan perlindungan 24/7 di seluruh dunia – di mana saja, bila-bila masa! Jadi, tak kiralah korang dekat rumah, pejabat, atau keluar bersantai, korang akan sentiasa dilindungi.
Lagi menarik, tak perlu risau tentang kos rawatan, sama ada di luar negara atau di Malaysia. Kami cover sehingga RM5,000 – dan kemasukan hospital semuanya tanpa tunai! Nak bonus lebih? Ya, GoInsuran juga menyediakan pembaharuan bonus sehingga 120%! 😲 (Tertakluk kepada terma dan syarat)
Satu pelan dari GoInsuran cukup untuk lindungi seluruh keluarga, termasuk anak-anak dari risiko yang tak dijangka , termasuklah perlindungan COVID-19. Berbaloi, kan?
Dan yang paling menarik, semua manfaat ini boleh didapati bermula dari RM0.30 sehari saja! Ini barulah perlindungan yang mesra bajet dan komprehensif! 🎉🙌🏻
Apa yang dilindungi oleh Insurans Kemalangan Peribadi?
Pelan insurans kemalangan peribadi kami sedia membantu apabila kehidupan memberikan anda situasi yang tidak dijangka. Perlindungan yang ditawarkan termasuk yang berikut:
- Kematian Akibat Kemalangan & Kecacatan Kekal: Insurans perlindungan kemalangan peribadi membantu untuk ringankan beban anda.
- Perlindungan COVID-19: Dengan perlindungan ini, anda tak perlu risau tentang jangkitan COVID-19!
- Elaun Kematian: Memberikan keprihatinan kepada orang tersayang sekiranya berlaku perkara yang tidak diduga.
- Bantuan Kewangan Selepas Kematian: Kerana sokongan berterusan penting pada waktu sukar.
- Perbelanjaan Perubatan: Denggi? Malaria? Terjatuh dari basikal? Semuanya dilindungi.
- Elaun Tunai Harian Hospital: Terpaksa cuti sakit? Jangan risau, anda boleh fokus pada pemulihan tanpa risau tentang beban kewangan.
- Penjagaan Jururawat Mingguan: Inginkan perkhidmatan kejururawatan yang mesra poket? Semestinya ada!
- Kecurian atau Rompakan: Jangan risau, anda dilindungi sepenuhnya. Dapatkan senarai perlindungan insurans peribadi GoInsuran di sini.
Rasa terbeban? Dapatkan perlindungan kemalangan peribadi GoInsuran, anda tak perlu hadapi risiko seorang diri. Tak kiralah korang lebih suka mengembara secara solo atau bersama kawan-kawan dan keluarga, kami ada pelan yang fleksibel dan sesuai dengan gaya hidup dan bajet anda.
Nak tahu lebih lanjut tentang insurans kemalangan peribadi kami? Dapatkan sebut harga dengan mengisi borang yang disediakan. Mudah dan cepat je!