MANFAAT INSURANS
Berikut adalah senarai pelan perlindungan untuk anda dan kereta anda. Sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini seperti kemalangan atau pencurian keseluruhan, kami akan melindungi anda dengan apa yang anda layak.
Tuntutan 100% akan dibayar mengikut nilai dipersetujui untuk kenderaan yang berumur sehingga 15 tahun sekiranya berlaku tuntutan Kerugian Menyeluruh disebabkan oleh kemalangan atau kecurian.
Anda tidak perlu bayar kos penggantian alat ganti baru tulen untuk kenderaan yang berumur sehingga 7 tahun. Kerja-kerja pembaikan mesti dibuat di mana-mana pusat servis TCEAS yang sah.
Bantuan penundaan sehingga RM300 bagi setiap tundaan ke pusat servis sah yang terdekat.
Kos buruh percuma sehingga 2 jam untuk kerja pembaikan kecil (seperti jump-start, menukar bateri dan tayar, dll). Kos alat ganti ditanggung oleh anda.
Penggantian alat ganti baru tulen diberi jaminan selama 90 hari atau jarak 5,000km (yang mana datang dahulu). Waranti cat diberi jaminan selama 12 bulan.
Proses kelulusan tuntutan segera untuk tuntutan kerosakan kurang daripada RM10,000.
Jika situasi memerlukan perubatan kecemasan, kami akan mengaturkan bantuan perubatan melalui ambulans atau pengangkutan lain ke pusat perubatan terdekat.
Sekiranya anda dalam situasi kecemasan dan atas permintaan anda, kami akan berusaha untuk hubungi keluarga anda untuk memberitahu mengenai situasi anda.
Kami sedia membantu anda dari penyerahan tuntutan sehingga mendapat kelulusan dari syarikat insurans.
Notis: Manfaat insurans adalah tertakluk kepada terma dan syarat. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di
https://www.tcibs.com.my
Pemandu yang bernama adalah seseorang yang diberi kuasa oleh yang diinsuranskan untuk memandu kenderaannya. Ketika pemandu yang bernama sedang memandu kenderaan tersebut, pemandu bernama itu akan mempunyai perlindungan yang sama seperti pemandu utama.
Perlindungan tambahan ini akan melindungi kerosakan cermin kereta/ tingkap anda. Tuntutan ini tidak akan mempengaruhi NCD kenderaan anda sekiranya anda perlu menuntut sebarang penggantian.
Kebelakangan ini, terdapat banyak isu persekitaran. Perlindungan ini melindungi kerosakan ke atas kenderaan anda jika berlaku banjir, angin ribut, taufan, letusan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh (diklasifikasikan sebagai Perbuatan Tuhan). Anda akan dilindungi dengan jumlah yang diinsuranskan yang dinyatakan dalam polisi insurans motor komprehensif anda.
Liputan ini melindungi kerosakan kenderaan anda akibat mogok, rusuhan dan kekacauan awam. Ini adalah perlindungan tambahan daripada insurans motor komprehensif asas anda.
Ini memberikan perlindungan keseluruhan kepada pemandu yang diinsuranskan sekiranya tindakan undang-undang diambil terhadap penumpang akibat kecederaan badan yang disebabkan oleh kecuaian pemandu. Sila ambil perhatian bahawa kenderaan yang dipandu ke Singapura harus memiliki perlindungan ini.
Perlindungan ini diperluaskan ke liabiliti sah terhadap penumpang sekiranya penumpang yang diinsuranskan menyebabkan kecederaan/kerosakan harta benda kepada pihak ketiga. Perlindungan ini merangkumi tuntutan kecederaan badan dan tuntutan kerosakan harta benda sehingga RM3 juta - tertakluk kepada terma dan syarat polisi individu yang telahpun disahkan ketika membeli insurans. Perlindungan ini tidak sah untuk kenderaan komersial.
Perlindungan ini melindungi kecederaan yang tidak disengajakan. Dengan itu, anda boleh dibayar balik untuk perbelanjaan perubatan yang disebabkan oleh kemalangan, manfaat dimasukkan ke hospital yang akan membantu membayar rawatan alternatif, dan (sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan) pembayaran akan dibuat sekaligus.