Hai Abang Driver! Dapatkan Insurans Kereta E-hailing dengan GoInsuran, sempena kerjasama dengan InDrive
Salam Raya kepada semua Abang Driver! 🚗💨 Raya dah nak dekat, tiba masanya untuk korang pastikan kereta kesayangan dah sedia untuk perjalanan balik ke kampung! Insurans kereta dan road tax masih aktif? Kalau tidak, ini adalah peringatan mesra untuk anda memperbaharui insurans dan road tax ya! Jom renew!
Boleh Ke Saya Renew Insurans Kereta Awal? Boleh, dan ini sebabnya…
Ramai yang tak tahu sebenarnya anda boleh memperbaharui Insurans & road tax kenderaan seawal 2 bulan sebelum tarikh polisi insurans sedia ada tamat tempoh. Jadi sementara orang lain last minute nak renew insurans mereka, korang dah siap sedia dengan perlindungan tambahan dan boleh balik kampung dengan tenang.
Lagi best, korang boleh renew awal di GoInsuran.com dan semuanya atas talian! Proses pembaharuan insurans jadi lebih mudah dan efisien. Klik ke halaman pembaharuan insurans kereta GoInsuran, dan dalam beberapa klik insurans kereta korang dah settle. Senang, kan?
Mengapa Premium Insurans Kereta boleh meningkat Walaupun Tiada Kemalangan?
Pernah tak korang tertanya-tanya, “Kenapa premium insurans kereta boleh meningkat walaupun rekod memandu saya bersih?” Anda tidak keseorangan! 🤷♂️ Walaupun anda tidak terlibat dalam sebarang kemalangan, faktor-faktor seperti peningkatan tuntutan di kawasan anda, perubahan dalam skor kredit, atau kos membaiki kereta yang meningkat boleh mempengaruhi premium kereta.
Peningkatan premium berlaku kerana syarikat insurans perlu mengubahsuai harga pakej insurans mereka berdasarkan risiko terkini. Tapi jangan risau; GoInsuran sedia membantu memahami faktor-faktor perubahan premium serta memastikan premium yang anda bayar setanding dan berpatutan dengan perlindungan yang diperlukan.
Apa Yang Berlaku Jika Terlibat Dalam Kemalangan Tanpa Insurans Kereta?
Memandu di jalan raya tanpa insurans kereta bukan sahaja bahaya tapi salah di sisi undang-undang dan jika anda ditangkap, boleh didenda, lesen digantung, atau kedua-duanya sekali.
Jika anda terlibat dalam kemalangan kereta tanpa insurans, semua kos kerosakan perlu ditanggung sendiri. Ya, semua sekali, termasuk kos pembaikan kereta dan bil hospital! Hal ini boleh menjadi lebih rumit jika pihak lain memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang atas kemalangan tersebut.
Sebab itu GoInsuran komited untuk memastikan anda sentiasa dilindungi dan memandu dengan tenang, kerana perlindungan sentiasa bersama anda sepanjang perjalanan.
Insurans Komprehensif atau Third-Party?
Sebelum memperbaharui insurans, anda perlu tahu bahawa Insurans komprehensif dan Insurans third-party adalah jenis-jenis insurans yang terdapat di Malaysia. Kedua-duanya ada kelebihan, tetapi semuanya bergantung pada kesesuaian anda.
Insurans komprehensif adalah perlindungan serba lengkap buat pemilik kenderaan. Ia melindungi daripada kerosakan kenderaan sendiri akibat kemalangan, kecurian, kebakaran kenderaan, serta perlindungan untuk kerosakan kenderaan, kecederaan atau kematian pihak ketiga. Sebaliknya, insurans third-party pula hanya menyediakan perlindungan untuk pihak ketiga sahaja, iaitu pihak yang dilanggar oleh anda.
Tidak pasti mana yang paling sesuai? GoInsuran sedia membantu dengan pilihan yang sesuai mengikut keperluan dan bajet anda.
Kepada semua pemandu e-hailing yang ada diluar sana, ya, koranglah hero yang selalu bawa kami keluar ke kedai makan nak memenuhi craving tengah malam atau bergegas ke lapangan terbang. GoInsuran telah bekerjasama dengan InDrive dan menawarkan Insurans e-hailing khusus sebagai perlindungan tambahan kepada pemandu e-hailing, penumpang dan individu pihak ketiga jika terlibat dalam kemalangan. Lagi pun, siapa yang tak nak dilindungi sambil buat duit lebih untuk raya kan? Jom scroll ke bawah untuk tahu lebih lanjut 👇🏻
Kenapa Pilih Insurans Kereta GoInsuran Musim Raya Ini?
Selain proses membeli atau memperbaharui insurans yang mudah dan pantas, GoInsuran juga menawarkan pelbagai kelebihan:
- Bandingkan sebut harga secara live dari 12 syarikat insurans sekali gus.
- Pembaharuan road tax: Proses atas talian yang pantas dan digital—tak perlu beratur.
- Pengecualian Caj Penambahbaikan sehingga 7 tahun.
- 100% perlindungan nilai dipersetujui sehingga kenderaan berusia 15 tahun.
Jangan Lupa Perlindungan Tambahan Lain Untuk Kereta Anda
- Perlindungan Komprehensif untuk Semua Pemandu: Semua yang memandu kereta anda dilindungi tanpa pengecualian.
- Perlindungan Cermin Kereta: Cermin depan pecah? Kami tanggung!
- Perlindungan Khas: Perlindungan daripada banjir, mogok, rusuhan, dan banyak lagi.
- Liabiliti Sah Terhadap Pihak Ketiga (LLOP): Pastikan penumpang anda juga dilindungi jika terdapat liabiliti.
- Perlindungan Kemalangan Peribadi Pemandu @ RM16.20: Perlindungan kemalangan yang berpatutan untuk pemandu dan penumpang.
- Pembayaran dalam talian: Pelbagai kaedah pembayaran untuk memenuhi keperluan anda, pembayaran secara Perbankan dalam talian (Online banking) FPX, Kad kredit atau Kad debit, Beli Dulu Bayar Kemudian oleh Atome & Mobypay, Pelan Pembayaran Mudah (EPP), Boost, Mcash dan GrabPay
- *Pilihan Insurans E-Hailing Eksklusif: Perlindungan khas untuk pemandu e-hailing, dengan kerjasama InDrive.
*Pilih ‘e-hailing’ di halaman Manfaat & Perkhidmatan semasa anda mengisi borang sebut harga untuk tawaran istimewa ini.
Berikan diri anda dan kereta kesayangan perlindungan maksimum pada musim perayaan ini bersama GoInsuran. Keselamatan kereta anda adalah keutamaan utama kami! 🚗✨